Guna gelandangan, penagih dadah untuk menipu
Iklan
Ayob Khan Mydin Pitchay dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
JOHOR BAHRU - Sindiket penipuan menyasarkan individu yang mempunyai masalah kewangan selain memperalatkan golongan gelandangan, penagih dadah dan penganggur untuk mereka membuka akaun bank.
Apabila akaun bank dibuka pemilik akaun berkenaan akan menyerahkan kad ATM, butiran akaun dan kata laluan kepada sindiket tersebut.
Iklan
Iklan
Pemilik akaun berkenaan kemudian menerima komisen sekali bayaran antara RM100 hingga RM200 tanpa perlu berbuat apa-apa.
Itu modus operandi yang dilakukan sindiket tersebut bagi mengelak mereka dikesan atau ditangkap semasa melakukan aktiviti penipuan.
Iklan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, namun kegiatan tersebut tidak dapat bertahan lama apabila pihaknya melancarkan Ops Mule bagi mengesan pemilik akaun bank yang bekerjasama dengan sindiket penipuan itu.
"Tumpuan adalah bagi kes jenayah komersil seperti Macau scam, pinjaman wang tidak berlesen, jual beli dalam talian dan pinjaman tidak wujud.
Iklan
"Menerusi Ops Mule sejak 6 Januari hingga 31 Mei lalu, seramai 440 suspek terdiri daripada pemilik akaun bank telah ditahan dengan jumlah kerugian berjumlah RM17 juta," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Ayob Khan Mydin Pitchay
Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 350 pemilik akaun yang terlibat atau bersubahat dengan sindiket berkenaan sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 420, Seksyen 424 dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Tegasnya, Ops Mule akan diteruskan bagi membendung empat jenis sindiket penipuan tersebut yang dilihat semakin meningkat kebelakangan ini.
Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan Macau scam, pinjaman tidak wujud, jual beli dalam talian dan peminjam wang tidak berlesen boleh menghubungi bilik gerakan menerusi talian 072254074.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>