Guna dron pantau sempadan negara
Iklan
Mohd Ridzuan (kanan) mendengar penerangan daripada Komander Aksem Kelantan, Rusli Karim ketika meninjau pangkalan haram sempadan Malaysia-Thailand Sungai Golok berdekatan pekan Rantau Panjang kelmarin. - Foto Bernama
PASIR MAS - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) akan menggunakan dron dalam penugasan Op Benteng bagi memantau keadaan di sempadan Malaysia-Thailand khususnya pergerakan masuk pendatang asing tanpa izin ke negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah Aksem, Mohd Redzuan Mohd Zain berkata, sebanyak 25 unit dron berteknologi tinggi akan digunakan di empat negeri yang bersempadan dengan Thailand iaitu Kelantan, Perlis, Kedah dan Perak.
Iklan
Iklan
"Aksem memohon sebanyak 25 unit dron dan dijangka mula beroperasi pada 1 Julai depan. Dua unit dron ditubuhkan di setiap negeri serta ditugaskan di sempadan darat dan maritim negara.
"Ia membantu pihak kami dalam menangani masalah kemasukan pendatang asing tanpa izin ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pangkalan haram di Rantau Panjang di sini malam tadi.
Iklan
Mohd Redzuan berkata, Aksem turut memohon 25 unit pacuan empat roda untuk kegunaan di sempadan negara kerana bentuk muka bumi yang mencabar dan memerlukan kenderaan lasak bagi membolehkan mereka beroperasi dengan baik.
"Contohnya dari Kelantan ke Perlis, jaraknya adalah sepanjang 662 kilometer dan terdapat 137 laluan tikus. Sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok pula sepanjang 95 kilometer dan mempunyai paling banyak lorong tikus yang memerlukan pemantauan ketat.
Iklan
"Bagaimanapun, sejak Op Benteng diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, jumlah pergerakan rentas sempadan secara haram menurun dengan drastik,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>