Suhaimi dipecat daripada jawatan Setiausaha Kerja Bersatu
Iklan
SUHAIMI
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya yang dikatakan bertindak mengeluarkan surat menggugurkan keahlian lima pemimpin parti itu termasuk bekas Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dipecat daripada jawatan berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Marzuki Yahya yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Agung Bersatu, pemecatan itu dilakukan kerana individu terbabit melanggar etika kerja dan Perlembagaan Bersatu Pindaan 2019 apabila membuat keputusan berhubung pentadbiran parti.
Iklan
Iklan
"Beliau mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk kepada saya terlebih dahulu selaku Ketua Pentadbir Ibu Pejabat Parti dan Setiausaha Agung Parti yang sah.
"Perkara ini selaras dengan Perlembagaan Bersatu pindaan 2019 melalui mana-mana kaedah pemberhentian dan pemecatan ahli di bawah Fasal 10 dan Fasal 16 di mana Fasal 8.11 perlembagaan menetapkan kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah di bawah bidang kuasa Setiausaha Agung," katanya semalam.
Iklan
Beliau berkata, Fasal 16.6 menyatakan tentang tugas-tugas Setiausaha Agung parti di mana Fasal 16.6.3 menyatakan bahawa Setiausaha Agung mengelola pentadbiran ibu pejabat parti.
"Fasal 16.6.5 pula menyatakan Setiausaha Agung mengelola kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli," katanya semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Lima ahli MPT Bersatu termasuk Tun M dipecat daripada parti
Iklan
Semalam, lima ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu termasuk Dr Mahathir dipecat daripada parti itu serta-merta.
Berdasarkan surat pemecatan yang dikeluarkan parti itu, selain Dr Mahathir yang juga bekas pengerusi Bersatu, turut dipecat ialah Timbalan Presiden parti berkenaan, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Tiga pemimpin lain yang dipecat keahlian ialah Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik dan Datuk Amiruddin Hamzah yang dilihat sehaluan dengan Dr Mahathir.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan bahawa wakil Kedutaan Amerika Syarikat (AS) pernah mengajukan soalan mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan oleh parti itu dalam satu pertemuan di kedutaan berkenaan.
Menurut beliau, soalan tersebut diajukan secara langsung kepadanya selepas dua pimpinan kanan Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, terlebih dahulu menghadiri pertemuan dengan pihak kedutaan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794980/berita/politik/abdul-hadi-dedah-kedutaan-as-pernah-risik-calon-pm-daripada-pas
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.