Model dakwa ada bukti 'pakatan' Trump-Rusia ditahan

Iklan
Nastya Rybka

MOSCOW - RUSIA. Seorang model Belarus yang mendakwa mempunyai bukti 'kerjasama' Rusia dengan kempen pilihan raya Donald Trump telah ditahan polis Moscow.

Penahanan Nastya Rybka atau pemilik nama sebenar Anastasia Vashukevich itu dibuat di lapangan terbang utama Moscow selepas dia dihantar pulang dari Thailand kerana terlibat dalam pelacuran.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman video yang dikongsi peguamnya, Dmitry Zatsarinsky menunjukkan wanita itu bergelut dengan empat lelaki yang kemudian membawanya menaiki kerusi roda.

Ia kini telah diretweet oleh stesen penyiar Rusia dan blogger antirasuah, Alexei Navalny.

Iklan
Iklan

Menurut Zatsarinsky, Rybka, 27, merancang untuk menaiki penerbangan ke Minsk, namun dia diheret dari zon transit ke wilayah Rusia sebelum dibawa ke balai polis. - Reuters