Babi ‘besor’ masuk perangkap
Iklan
Babi bersaiz besar memasuki perangkap dipasang.
KUALA TERENGGANU - Hanya menggunakan umpan kulit nangka, seorang pemuda berjaya menarik perhatian dua ekor babi bersaiz besar masuk ke dalam perangkap yang dipasang di belakang rumahnya, di Kampung Bukit Tumbuh, Kuala Nerus, semalam.
Tangkapan dua ekor babi jantan yang dianggap paling agresif oleh Kimi Hari, 24, itu mampu membuatkan penduduk menarik nafas lega kerana haiwan liar itu didakwa sering mengganggu ternakan ayam kampung.
Iklan
Iklan
Kimi berkata, penduduk sudah lama hidup dalam kerisauan berikutan terdapat banyak babi di kawasan kampung itu dan hampir setiap malam ternakan ayam kampung penduduk hilang dipercayai dimakannya.
"Malah saya sendiri sudah kehilangan 30 ekor ayam kampung kerana dibaham haiwan liar ini yang berkeliaran di kawasan rumah. Haiwan ini memang terlalu banyak berkeliaran di kawasan kampung tak kira siang atau malam.
Iklan
"Paling membimbangkan kami, kadang-kala haiwan ini bertindak agresif dan berpotensi menyerang penduduk. Situasi inilah mendorong saya memasang perangkap di kawasan rumah dan sejak akhir Disember tahun lalu sehingga hari ini, saya berjaya menangkap tujuh ekor babi,” katanya.
Menurut Kimi, babi yang ditangkap itu diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah untuk diuruskan.
Iklan
Jelas Kimi lagi, pihak berkuasa juga ada menjalankan operasi menangkap babi yang bermula sejak Disember lalu di sekitar kawasan Dun Bukit Tunggal.
"Saya dimaklumkan lebih 30 ekor babi sudah ditangkap dan keprihatinan pihak bertanggungjawab menyelesaikan masalah itu harus dipuji kerana masalah berkaitan ancaman haiwan liar itu sudah lama berlarutan tanpa sebarang tindakan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>