Rumah PPR: Kerajaan negeri perlu kemuka lokasi kawasan bandar
Iklan
Zuraida Kamaruddin. - Foto Bernama
PASIR MAS - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memohon setiap kerajaan negeri mengemukakan lokasi tanah yang bersesuaian bagi membangunkan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Menterinya Zuraida Kamarudin berkata, ini bagi memastikan dasar kerajaan persekutuan dalam membangunkan lebih banyak rumah mampu milik untuk golongan kurang berkemampuan tercapai.
Iklan
Iklan
"KPKT sebelum ini mengeluarkan dasar untuk meminta kerajaan negeri menawarkan tanah yang terletak di lokasi yang bersesuaian terutamanya di kawasan bandar yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap.
"Ini bagi memastikan golongan B40 dapat mengurangkan beban yang ditanggung mereka. Kalau lokasi jauh dari bandar, mereka akan terbeban dengan kos pengangkutan yang meningkat," katanya kepada kepada pemberita selepas meninjau pembinaan 412 Rumah Mampu Milik (RMM) di Desa Wirajaya di sini, hari ini.
Iklan
Mengulas mengenai kelewatan penyerahan kunci kepada pemohon PPR Kota Bharu, Zuraida berkata pihaknya sedang menapis permohonan yang diterima.
Katanya kelewatan itu disebabkan proses tapisan melibatkan beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Iklan
"Ketika permohonan dibuka, kita terima 11,000 permohonan namun borang yang dikembalikan hanyalah 4,000 borang. Bagaimanapun PPR Kota Bharu hanya menyediakan 1,000 rumah sahaja.
"Setakat ini 500 permohonan telah diluluskan dan penyerahan kunci akan dilakukan pada Februari ini," katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Mansuh AUKU: Suara mahasiswa tidak diketepikan - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Suara dan pandangan mahasiswa berhubung isu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak akan diketepikan atau ‘disapu di bawah karpet’ tanpa sebarang tindakan susulan, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak perlu berasa takut atau bimbang untuk menyuarakan pandangan, kritikan mahupun penentangan terhadap isu berkaitan pendidikan tinggi, termasuk AUKU.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767426/berita/nasional/mansuh-auku-suara-mahasiswa-tidak-diketepikan-disapu-bawah-karpet---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AUKU #Mahasiswa #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T09:11:02.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Z_hS21fYQIHqUW_Yh/x120"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9zjksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9zjksi"></script>