MBNJ saran serbu pusat hiburan operasi lebih masa
Iklan
Tular di laman sosial yang bertajuk Johor Bahru Darul Maksiat.
JOHOR BAHRU - Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) memandang serius dakwaan tular di laman sosial bertajuk Johor Bahru Darul Maksiat.
Presidennya, Md Salleheen Mohamad berkata, MBNJ sentiasa merancang dan melaksanakan aktiviti berfaedah untuk belia terutama dari segi kesukarelawan, kemahiran dan kebajikan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tetapi usaha ini gagal jika pihak berkuasa tidak membanteras kegiatan negatif di kalangan anak muda di Johor Bahru khususnya.
"MBNJ beranggapan dakwaan seumpama ini, jika tidak di ambil tindakan tegas dan segera oleh pihak berkuasa, pasti akan menimbulkan permasalahan yang lebih besar di masa hadapan.
Iklan
"Masalah sosial dan penyalahgunaan dadah sintetik terutamanya yang didakwa dilakukan di pusat hiburan, pasti akan mendatangkan musibah kepada pembangunan modal insan dan kemajuan sebuah negeri," katanya dalam satu kenyataan.
Md Salleheen berkata, dalam hal ini, PDRM, AADK dan Pejabat Daerah harus bekerjasama menyerbu pusat pusat hiburan yang dibuka melebihi tempoh waktu yang dibenarkan dan melanggar syarat lesen hiburan.
Iklan
"Hasil maklumat MBNJ, didapati kebanyakan pusat hiburan di Sentosa, di Taman Century dan di Stulang Laut dibuka melebihi tempoh waktu yang dibenarkan dan sehingga kini tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya.
Beliau berharap agar kerajaan negeri Johor pimpinan Datuk Osman Sapian selaku Menteri Besar akan mengambil tindakan drastik terhadap perkara yang di utarakan ini.
"Sebenarnya tindakan penguatkuasaan ini boleh dilakukan, namun ia memerlukan iltizam, komitmen dan keikhlasan daripada semua pihak terutamanya AADK supaya dapat membanteras penyalahgunaan dadah terus menyelubungi anak muda di negeri Johor," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>