Pemandu bas bawa pelajar pulang positif dadah
Iklan
Pemandu bas menjalani saringan ujian air kencing di Politeknik Merlimau, malam tadi, sebelum bertolak membawa pelajar pulang ke kampung.
JASIN - Tindakan polis membuat saringan ujian air kencing ke atas pemandu bas sebelum membawa pulang pelajar ke kampung berjaya mengesan seorang pemandu yang positif dadah jenis methaphetamine, malam tadi.
Pemandu berusia 54 tahun yang berasal dari Pantai Peringgit antara 10 pemandu bas dan pembantu yang menjalani saringan itu sebelum membawa pelajar yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pulang ke kampung malam tadi.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Mispani Hamdan berkata, pemandu bas di sebuah syarikat swasta itu ditahan di parkir kenderaan bas Politeknik Merlimau di sini selepas ujian air kencing yang dibuat ke atasnya didapati positif dadah.
"Individu itu kemudian dibawa ke Balai Polis Merlimau untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Iklan
"Ujian saringan air kencing itu dilakukan bagi memastikan pelajar yang terkandas dapat pulang dengan selamat ke kampung halaman," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pemandu dan pembantu bas lain termasuk dua pemandu van didapati bebas daripada pengaruh dadah.
Iklan
Difahamkan seramai 206 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini bagi fasa pertama telah dihantar pulang ke destinasi zon selatan membabitkan Johor dan Negeri Sembilan.
Jumlah itu membabitkan tiga tempat pengumpulan dan pelepasan pelajar iaitu di Politeknik Merlimau yang melibatkan 158 pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (27 pelajar) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah (21 pelajar).
Politeknik Merlimau pula sebanyak 10 bas dan dua van digunakan untuk menghantar pelajar pulang ke beberapa daerah di Johor dan Negeri Sembilan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>