Suasana hiba selubungi Majlis Konvokesyen UIAM ke-42
Iklan
Mohd Faidz (kiri) hadir bersama anak-anak pada majlis konvokesyen UIAM di Gombak.
GOMBAK – Suasana hiba menyelubungi Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-42 di sini pada Ahad, apabila ijazah diserahkan kepada keluarga Allahyarham Norazita Mohd Ali.
Skrol Norazita, 49, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Pentadbiran Undang-Undang Islam diterima suaminya, Mohd Faidz Leman pada Sidang Dua majlis berkenaan.
Iklan
Iklan
Allahyarham yang merupakan Penolong Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Mahkamah Syariah Negeri Melaka meninggal dunia pada 25 Oktober lalu akibat kanser usus tahap empat.
Mohd Faidz berkata, arwah isterinya pada awalnya hanya mengadu sakit perut sebelum mengambil ubat tahan sakit bagi meredakan kesakitan dialaminya.
Iklan
Mohd Faidz menerima skrol graduan bagi pihak isterinya, Norazita yang meninggal dunia akibat kanser usus.
“Pada Julai lalu, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan arwah menghidap kanser usus tahap empat.
Iklan
“Arwah hanya sempat menjalani tiga kitaran kemoterapi sebelum meninggal dunia dan ianya terlalu terlalu cepat,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.
Mengimbas perjalanan arwah sepanjang pengajian, Mohd Faidz menyifatkan, isterinya sebagai wanita yang rajin, berdedikasi dan tidak pernah menjadikan kesibukan menguruskan keluarga sebagai alasan untuk mengabaikan pengajian.
Menurutnya, arwah sanggup berulang-alik dari Alor Gajah, Melaka ke UIAM bagi menghadiri kelas, selain menguruskan rumah tangga dan anak-anak.
“Arwah memang seorang yang rajin dan kuat berusaha.
"Walaupun perjalanan dari Melaka ke Gombak bukan mudah, dia tetap berusaha menghadiri kelas dan menyelesaikan pengajiannya,” katanya.
Mohd Faidz berkata, perasaan sayu, sebak dan sedih tidak dapat dielakkan ketika hadir ke majlis konvokesyen itu bersama anak-anak bagi menerima skrol yang sepatutnya menjadi milik arwah isterinya.
“Memang sayu, sebak dan sedih menyelubungi perasaan saya serta anak-anak, namun saya kuatkan diri kerana mahu menghargai usaha arwah isteri sehingga berjaya menamatkan pengajiannya,” katanya.
Sementara itu, anak sulungnya, Muhammad Fitri Najmi, 19, berkata, kegigihan ibunya menjadi inspirasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
“Saya akan mengambil semangat ibu untuk terus berjaya dan tidak patah semangat dalam meneruskan pengajian sehingga berjaya,” katanya yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>