'Hanya enam hari bergelar suami isteri'

Iklan
Hanya enam hari menikmati kehidupan sebagai suami isteri, Nur Nasywani terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang.

SHAH ALAM - Hanya enam hari menikmati kehidupan sebagai suami isteri, Nur Nasywani Mohd Romzi, 25, terpaksa menerima hakikat kehilangan insan tersayang.

Belum sempat mengecapi lebih banyak kenangan bersama, wanita itu kehilangan suaminya, Muhammad Firdaus Norasmahisham, 28, selepas terlibat dalam kemalangan pada awal pagi 15 November lalu.

Iklan
Iklan

Bagi Nur Nasywani, tempoh singkat bersama arwah suami meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan, apatah lagi mereka baru sahaja memulakan kehidupan berumah tangga.

Nur Nasywani berkata, dia tak pernah menyangka perjalanan mereka ke Port Dickson menjadi kenangan terakhir bersama

Iklan

Nur Nasywani yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia dan suaminya bertolak dari rumah mereka di Taman Medan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan pada 14 November lalu. Mereka tiba di destinasi sekitar jam 10 malam.

Menurutnya, setibanya di sana, arwah suami mengajaknya ke tapak acara bersama rakan, namun dia menolak kerana keletihan dan mahu berehat di inap desa.

Iklan

Sekitar jam 12 tengah malam, arwah keluar untuk mencari alat ganti motosikal sebelum kembali ke inap desa. Bagaimanapun, kira-kira jam 3 pagi, suaminya keluar sekali lagi bersama anak kepada rakannya untuk mencari makanan.

“Tak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan bahawa suami terbabit kemalangan," katanya.

Sebaik menerima berita berkenaan, Nur Nasywani segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan suaminya.

Menurut Nur Nasywani, tarikh pernikahan tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran arwah suami kerana mahu menjadikan hari berkenaan lebih istimewa buat mereka berdua.

Namun, setibanya di sana, dia cuba memanggil dan menyedarkan arwah, tetapi suaminya tidak memberikan sebarang respons.

“Lebih menyayat hati, saya dapat mendengar orang di tempat kejadian membantu suami mengucapkan kalimah syahadah.

“Saya masih berharap arwah akan membuka mata dan bangun, tetapi ambulans tiba dan mengesahkan bahawa arwah sudah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Sukar untuk saya gambarkan perasaan ketika itu. Beberapa jam sebelumnya, lelaki yang baru enam hari menjadi suami saya masih ada di sisi, memanggil saya ‘sayang’. Kini, dia pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya," katanya.

Nur Nasywani berkata, dia tak pernah menyangka perjalanan mereka ke Port Dickson menjadi kenangan terakhir bersama kerana banyak lagi impian dan perancangan yang belum sempat realisasikan.

Wanita yang berasal dari Tumpat, Kelantan turut berkongsi kisah awal perkenalan mereka.

Katanya, mereka berkawan selama tiga bulan sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang pada 23 Mac lalu.

Hubungan itu mendapat restu keluarga kedua-dua pihak sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 9 November lalu.

Menurut Nur Nasywani, tarikh pernikahan tersebut dipilih bersempena ulang tahun kelahiran arwah suami kerana mahu menjadikan hari berkenaan lebih istimewa buat mereka berdua.

“Pada hari perkahwinan, saya berasa seperti menjadi wanita paling bahagia dalam hidup kerana hari yang dinantikan akhirnya tiba dan insan tersayang sah bergelar suami.

“Majlis kenduri kami sangat meriah dengan kehadiran saudara-mara dan rakan. Saya masih ingat suasana pada hari itu penuh dengan kegembiraan, senyuman dan doa daripada orang sekeliling.

“Tak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa tarikh yang sepatutnya menjadi detik paling bahagia dalam hidup kami akhirnya menjadi kenangan yang akan saya rindui sepanjang hayat,” katanya. - MW