Tegur muka masam, juruwang dakwa ditolak dan ditendang

Iklan
Suspek yang mengasari juruwang sebuah pasar mini Taman Bertam Perdana Ahad lalu.

MELAKA - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang juruwang didakwa dikasari seorang lelaki bersama beberapa ahli keluarganya di sebuah pasar mini di Taman Bertam Perdana di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9.30 malam, 22 November lalu ketika mangsa yang bekerja sebagai juruwang sedang bertugas di kaunter bayaran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kejadian dipercayai bermula apabila seorang pelanggan wanita menegur rakan sekerja mangsa supaya senyum kerana tidak berpuas hati melihat riak wajahnya.

"Wanita itu kemudian keluar dari kedai sebelum suaminya datang semula bersama empat orang anak mereka.

Iklan

"Lelaki berkenaan kemudian membaling sekotak rokok ke arah mangsa sebelum menolak mangsa dengan kuat sehingga terkena peti sejuk.

Halim berkata, keadaan kemudian ditenteramkan oleh isteri lelaki berkenaan sebelum mereka sekeluarga meninggalkan premis itu dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna biru gelap.

Iklan

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri selain mendapatkan rawatan di hospital.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Polis sedang giat mengesan semua individu yang terbabit bagi membantu siasatan," katanya.