Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga 7 malam ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat di Kedah ialah Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain seluruh Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Di Perak, amaran itu melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, Muallim, Manjung dan Perak Tengah.

Sementara itu, kawasan yang terjejas di Kelantan ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat, selain seluruh Terengganu.

Iklan

Di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Hulu Selangor, Petaling dan Gombak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Johor, iaitu Batu Pahat, Kluang, Kulai, Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi dan Muar.

Iklan

Di Malaysia Timur, amaran berkenaan melibatkan Limbang di Sarawak serta beberapa kawasan di Sabah, iaitu Ranau dan Penampang di Pantai Barat, selain Tambunan, Beaufort dan Sipitang di Pedalaman. - Bernama