Tergamak pukul ibu guna cangkul
Iklan
Gambar hiasan
KAMPUNG GAJAH - Tidak puas hati kerana dimarahi, seorang anak tergamak memukul ibunya dengan cangkul di sebuah premis kedai makan di Jalan Ulu Dedap di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, kejadian berlaku jam 2.40 petang apabila suspek pada awal bertindak memukul dua adiknya dengan batang penyapu kerana mengganggunya yang ketika itu sedang tidur.
Iklan
Iklan
Menurutnya, suspek yang berusia 32 tahun itu kemudian bertindak mengambil cangkul dan menghalakan cangkul tersebut kepada kedua-dua adiknya yang masing-masing berumur 15 dan 19 tahun.
"Melihat keadaan itu, pengadu yang juga ibunya bertindak memarahi suspek dan kemudiannya dia menghalakan cangkul tersebut mahu memukul pengadu yang ketika itu sedang berbaring. Bagaimanapun mangsa sempat bangun dan mengelak.
Iklan
"Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengambil kerusi dan ingin membaling ke arah ibu dan dua adik tetapi tidak meneruskan tindakan itu sebaliknya meletakkan semula kerusi tersebut," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Barudin berkata, akibat tindakan suspek itu juga, kedua-dua adiknya mengalami lebam dan kesakitan pada bahagian badan yang dipukul serta dirawat di Hospital Changkat Melintang Perak, namun tidak mengalami kecederaan serius.
Iklan
Katanya, bimbang dengan tindakan yang dilakukan oleh suspek, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jejawi oleh pengadu yang merupakan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun.
Beliau berkata, susulan laporan tersebut, suspek berjaya ditangkap dan direman hari ini.
Sementara itu, Barudin berkata, hasil semakan pihak polis turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah iaitu masing-masing di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) ADB 1952.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.