Gudang kereta potong terbakar

Iklan
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah gudang di sini terbakar pada Jumaat.

KUALA LUMPUR – Sebuah gudang menyimpan kereta potong di Jalan Utusan, off Jalan Chan Sow Lin di sini terbakar pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 5.33 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 75 anggota bomba bersama jentera daripada tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

"Jentera pertama dari BBP Pudu tiba di lokasi pada jam 6.03 pagi. Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membabitkan sebuah gudang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 7.03 pagi.

"Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman secara ofensif dan defensif dari keempat-empat sisi bangunan.

Iklan

"Anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan. Kejadian itu tidak melibatkan mangsa," katanya.