Raja Muda Selangor ziarah mangsa banjir

Iklan
Tengku Amir Shah menziarahi mangsa banjir di PPS SK Parit Mahang pada Rabu.

KUALA SELANGOR – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan menziarahi keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Mahang di sini pada Rabu.

Baginda turut menzahirkan harapan agar semua mangsa diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian susulan banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa, Tengku Amir Shah turut mendoakan agar keadaan banjir segera pulih dan urusan mangsa yang terjejas dipermudahkan.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS SK Parit Mahang menempatkan seramai 338 mangsa daripada 84 keluarga setakat jam 10.25 malam.

Iklan

PPS berkenaan mula dibuka pada 6 November lalu susulan kejadian banjir yang melanda kawasan tersebut.

Sementara itu, sebanyak 11 PPS telah dibuka di Selangor membabitkan empat daerah dengan jumlah keseluruhan 389 keluarga atau 1,474 mangsa banjir yang dipindahkan.

Iklan