Sanusi serah kepada PBT tentukan pengoperasi premis judi

Iklan
Muhammad Sanusi membentangkan Belanjawan Kedah 2027 pada persidangan DUN Kedah di Wisma Darul Aman baru-baru ini.

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menyerahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menentukan pendekatan berhubung pengoperasian premis perjudian di negeri ini susulan keputusan mahkamah membabitkan perkara itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri akur keputusan mahkamah dan menyerahkan kepada pihak sepatutnya untuk tindakan lanjut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika media selepas sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu.

Sebelum ini, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria menjelaskan, PBT sedang mengkaji pemberian lesen premis atas alasan yang sah seperti perkara berkaitan perancangan dan pengezonan, keselamatan, kesihatan awam, gangguan awam serta aliran trafik.

Iklan

Selain itu, katanya, aspek ketidakpatuhan terhadap peraturan bangunan atau apa-apa perkara lain yang secara sah termasuk dalam bidang kuasa dan kompetensi pihak berkuasa tempatan turut diambil kira.

Penjelasan itu dibuat ketika menjawab soalan Teh Swee Leong (DAP-Kota Darul Aman) berhubung tindakan susulan selepas keputusan Mahkamah Rayuan pada 12 Disember 2025 dan Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos 2026 yang menolak kebenaran merayu dan memerintahkan kos RM50,000 berhubung dasar tidak memperbaharui lesen premis pertaruhan nombor ramalan pada sesi penggulungan sama.

Iklan