Lelaki Nepal didakwa bunuh teman wanita berdepan penjara 30 tahun

Iklan
Tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh. Foto: Sinar.

MELAKA - Seorang lelaki Nepal berdepan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun atas pertuduhan membunuh teman wanita di sebuah hotel di Jalan Munshi Abdullah di sini, Jun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian wanita berkenaan yang juga warganagera Nepal.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik hotel di Jalan Munshi Abdullah, antara jam 11.50 malam pada 27 Jun hingga 4.23 pagi, 28 Jun lalu.

Iklan

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Difahamkan, kejadian didakwa berpunca daripada isu hutang mengsa dengan tertuduh dianggarkan berjumlah RM8,000.

Iklan

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Zaidah Muhamad Zailani memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

Mahkamah menetapkan 21 Disember depan untuk laporan bedah siasat dan tiada jaminan dibenarkan kepada tertuduh.