Penunggang motosikal maut elak lubang pembentungan

Iklan
Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian pada Selasa.

KLANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak lubang pembentungan sebelum melanggar dua kenderaan lain dalam kemalangan di Jalan Meru Tambahan di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.37 pagi itu, mangsa berusia lingkungan awal 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari arah Puncak Alam menghala ke Meru.

Menurutnya, ketika melalui Jalan Meru Tambahan, mangsa dipercayai cuba mengelak lubang pembentungan di laluan tengah jalan sebelum melanggar bahagian sisi kiri belakang sebuah kereta.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kereta berkenaan dipandu seorang wanita berusia lingkungan 20an, manakala lori terbabit dipandu lelaki berusia lingkungan akhir 20an.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Rohaya Khalid menerusi talian 013-6037578 bagi membantu siasatan," katanya.