SkyWorld raih dua pengiktirafan CIDB, konsisten dalam kualiti dan keselamatan pembinaan

Iklan
Ketua Operasi Pusat SkyWorld Development Berhad, Brandon Yong (dua dari kiri) dan Pengurus Besar SBR Sdn Bhd, Ts. Louis Wong (dua dari kanan) menerima Anugerah Kecemerlangan QLASSIC daripada Pengerusi CIDB Malaysia, YB Datuk Ir Haji Yusuf Abd Wahab (kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim (tengah) sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia, Sr Ahmad Farrin Mokhtar.

SHAH ALAM - Pemaju bandar SkyWorld Development Bhd (SkyWorld) meraih dua pengiktirafan sempena acara Malaysia QUEST Day 2026 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Pengiktirafan tersebut diperoleh menerusi sistem penilaian kualiti dalam pembinaan (QLASSIC) menerusi projek EdgeWood Residences yang mencatatkan skor cemerlang sebanyak 86 peratus manakala Anugerah Kecemerlangan SHASSIC bagi kategori Projek swasta diperoleh menerusi Curvo Residences.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan itu mencerminkan komitmen syarikat untuk mengekalkan standard yang konsisten dari segi mutu kerja, keselamatan dan amalan pembinaan dalam semua projek pembangunan mereka.

“Melalui konsistensi dan penambahbaikan berterusan, kami kekal komited terhadap matlamat kami untuk ‘Menjadikan Kehidupan Lebih Baik’,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Katanya, kualiti bukan sekadar melibatkan cara sesebuah bangunan dibina, malah merangkumi usaha mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih baik untuk pemilik kediaman.

Ketua Operasi Pusat SkyWorld Development Berhad, Brandon Yong (dua dari kiri) dan Ketua Unit Product Making Central, Chen See Leong (kanan) bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia Sr Ahmad Farrin Mokhtar (dua dari kanan), selepas menerima Anugerah Kecemerlangan SHASSIC bagi projek Curvo Residences.

Iklan

EdgeWood Residences terletak di SkySanctuary, Setapak merupakan projek kediaman pertama dalam perbandaran berkonsepkan alam semula jadi yang dibangunkan SkyWorld.

Pembangunan merangkumi 960 unit kediaman itu menawarkan susun atur ruang yang efisien, balkoni luas serta akses terus ke taman eksklusif seluas tiga ekar khusus untuk penghuni.

Projek berkenaan turut dilengkapi pelbagai kemudahan gaya hidup dan ciri pembangunan mampan, termasuk pensijilan GreenRE.

Pencapaian skor QLASSIC sebanyak 86 peratus menunjukkan tahap mutu kerja pembinaan EdgeWood Residences berdasarkan penilaian bebas yang dilaksanakan mengikut sistem penilaian CIDB.

Curvo Residences terletak di Setapak pula menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Kecemerlangan SHASSIC bagi standard keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaan.

Projek yang mempunyai 830 unit kediaman itu dibangunkan berinspirasikan falsafah Jepun, wabi-sabi yang menekankan elemen kesederhanaan, tekstur semula jadi dan kehidupan harmoni.

Curvo Residences turut menawarkan lebih 50 kemudahan gaya hidup termasuk Nature Rhythm Park, kolam renang infiniti serta skybridge dan skydeck berkonsepkan kesejahteraan bagi mewujudkan persekitaran kediaman yang seimbang.

Kedua-dua pengiktirafan tersebut memperkukuh komitmen SkyWorld dalam menyediakan kediaman berkualiti melalui amalan pembinaan yang bertanggungjawab, pematuhan standard secara konsisten serta penambahbaikan berterusan.