Teknologi pintar LG ringankan beban kerja rumah

Iklan
Justin Choi (dua dari kanan), Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, bersama Hobin Jun (dua dari kiri), Pengarah Produk Perniagaan Langganan LG; Hoo Wai Sam (kiri), Pengurus Besar Pemasaran; dan Shawn Chow (kanan), Pengurus Kanan Pengurusan DST Langganan, memperkenalkan penyelesaian Smart Life terbaharu LG.

PENGGUNAAN teknologi pintar dalam peralatan rumah menjadi antara pendekatan LG Electronics Malaysia (LG) untuk meringankan beban urusan harian, sekali gus memberi lebih banyak masa kepada pengguna untuk menikmati kehidupan bersama keluarga.

Menerusi rangkaian terbaharu Smart Life Solutions, LG memperkenalkan pelbagai inovasi kediaman merangkumi penulen udara, skrin hiburan mudah alih, penulen air, peti sejuk dan mesin basuh yang menggabungkan ciri pintar serta reka bentuk praktikal.

Iklan
Iklan

Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi berkata, teknologi sepatutnya membantu memudahkan kehidupan pengguna dan bukannya menambah kerumitan dalam menguruskan rutin harian.

Menurutnya, pendekatan Affectionate Intelligence (AI) membolehkan peralatan rumah memahami serta bertindak balas dengan lebih baik terhadap keperluan pengguna, manakala aplikasi LG ThinQ memudahkan pengurusan perkakas yang serasi.

Iklan

“Perkhidmatan penyelenggaraan LG Subscribe turut membantu pengguna menjaga perkakas elektrik mereka dengan lebih tenang, bergantung pada produk dan pelan langganan yang dipilih.

“Gabungan kedua-duanya dapat meringankan urusan kerja rumah agar rakyat Malaysia mempunyai lebih banyak masa untuk perkara yang benar-benar bermakna dalam kehidupan mereka,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Keperluan terhadap kemudahan tersebut turut dilihat relevan ketika masyarakat berdepan pelbagai tuntutan kehidupan seharian.

Berdasarkan tinjauan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 oleh Worldwide Independent Network of Market Research (WIN), sebanyak 35 peratus responden di Malaysia melaporkan kerap atau agak kerap mengalami tekanan.

Penapis udara LG PuriCare™ WallFit menggabungkan teknologi Dual Airflow, penapisan HEPA dan mod AI dalam reka bentuk nipis yang boleh diletakkan rapat pada dinding.

Peranti itu dilengkapi teknologi Dual Airflow dan sistem penapisan HEPA yang membantu menyingkirkan 99.999 peratus zarah habuk, 99.9 peratus kulat, 99 peratus bakteria serta 98 peratus virus berdasarkan keadaan ujian ditetapkan, selain mempunyai mod AI yang melaraskan kelajuan kipas secara automatik mengikut tahap kualiti udara semasa.

Justin menjelaskan, LG memahami setiap isi rumah mempunyai keperluan berbeza dan mahu memastikan produk yang ditawarkan lebih mudah dimiliki menerusi pilihan langganan fleksibel serta perkhidmatan penjagaan berterusan melalui LG Subscribe.

“Pengenalan rangkaian ini selaras dengan tema kempen Life’s Good 2026, iaitu Free Up Your Mind yang bertujuan membantu pengguna menikmati kehidupan seharian dengan lebih mudah dan selesa,” katanya.