SPRM reman anggota polis disyaki minta, terima rasuah RM2,000

Iklan
SPRM Kelantan menahan reman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000. Foto : SPRM

GUA MUSANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan telah menahan reman seorang anggota polis kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat dalam kes dadah.

Perintah reman selama lima hari terhadap suspek bermula Khamis hingga 16 November dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri di Mahkamah Majistret Gua Musang di sini, selepas permohonan dikemukakan SPRM.

Iklan
Iklan

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang pada Rabu di sebuah restoran sekitar Kelantan.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,000 daripada individu terbabit dan telah menerima RM1,000 secara tunai.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Syamsul Osman, mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.