SEREMBAN - Seorang lelaki dan dua wanita direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan kes kematian seorang lelaki warga emas yang dipercayai dipukul sehingga maut di sebuah rumah di sini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, reman sehingga 18 November depan terhadap ketiga-tiga individu berusia berusia 28 hingga 34 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.