SUNGAI PETANI - Satu mayat wanita tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai berdekatan Pekan Lama di sini dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Lokasi penemuan mayat wanita di Pekan Lama Sungai Petani.
Jelasnya, pengesahan warga negara mahupun kesan kecederaan sekiranya dialami juga sukar untuk dipastikan memandangkan keadaan mayat yang sudah mereput.
Iklan
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.
Mayat ditemukan dalam keadaan terlentang, disedari orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Iklan
Jelasnya, operasi mengeluarkan mangsa turut dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk proses bedah siasat.