JONGKONG emas bukan lagi sekadar simbol pelaburandan simpanan bernilai apabila HABIB dan Lazada tampildengan koleksi eksklusif seberat satu gram (1g) yang dihiasi maskot popular platform e-dagang itu, Lazzie.
Kolaborasi julung kali antara jenama barang kemastempatan dan platform e-dagang berkenaanmenghasilkan jongkong emas 999.9 edisi terhad yang menggabungkan nilai tradisional logam berharga itudengan elemen reka bentuk moden, ceria dan lebih dekatdengan cita rasa generasi muda.
Menariknya, hanya 500 unit koleksi eksklusif itudihasilkan, sekali gus menjadikannya pilihan unik bagipengguna yang ingin memiliki emas dengan sentuhanberbeza.
Gabungan identiti dua jenama
Menurut Pasukan Reka Bentuk Produk Gaya Hidup HABIB, idea menghasilkan koleksi berkenaan tercetusdaripada usaha mencari persamaan antara kedua-dua jenama dalam menawarkan pengalaman istimewa kepadapengguna.
Lazada memberi tumpuan kepada usaha membantupengguna menemukan jenama dipercayai dan membeli-belah dengan yakin, manakala HABIB pula sinonimdengan detik istimewa dalam kehidupan masyarakatmenerusi koleksi barang kemas berkualiti.
Gabungan identiti itu diterjemahkan menerusi rekaanberwarna-warni yang menampilkan karakter tersendiri.
Tarikan utama jongkong emas 999.9 berkenaan ialahmaskot Lazzie yang digambarkan sedang memegangjongkong emas sambil berdiri di atas berlian berkilauan.
Warna ungu ikonik HABIB digabungkan dengan warnamagenta Lazada, manakala motif LazCoin turutdisertakan sebagai elemen yang mengingatkan penggunakepada pengalaman ganjaran di platform berkenaan.
Hiasan berlian dan bentuk hati melengkapkan rekabentuk koleksi itu dengan sentuhan positif, kegembiraanserta semangat meraikan detik bermakna.
Perincian potongan berlian pada permukaan jongkongturut memberikan dimensi dan tekstur tersendiri, menjadikannya lebih daripada sekadar produk emaskonvensional.
Koleksi itu sesuai dijadikan hadiah bagi meraikanpencapaian, memperingati peristiwa penting atau sebagaiganjaran kepada diri sendiri.
Selain mengekalkan nilai dan mutu emas 999.9, koleksiini turut mengambil kira minat golongan muda, menampilkan perspektif berbeza dalam mengangkat nilaidan keistimewaan emas.
Diilhamkan daripada minat dan gaya hidup generasi muda masa kini, kolaborasi inimengetengahkan emas bukan sekadar sebagai simbolnilai yang berharga, tetapi juga sebagai sebahagiandaripada gaya dan ekspresi diri.
Gabungan inimenyatukan keistimewaan warisan emas dengansentuhan moden yang lebih dekat dengan cita rasa masyarakat hari ini.
Angkat keistimewaan jenama tempatan
Kolaborasi itu turut mengetengahkan keupayaan jenamatempatan untuk terus berinovasi dan bersaing dalampasaran menerusi penghasilan produk yang menggabungkan kreativiti serta kekuatan identiti masing-masing.
Sebagai antara jenama barang kemas terkemuka di Malaysia, HABIB membina reputasinya berasaskankemahiran pertukangan, kualiti dan kepercayaanpengguna.
Kerjasama bersama Lazada membuktikan jenama yang mempunyai legasi kukuh juga mampu menerokapendekatan baharu bagi menarik perhatian pengguna, khususnya generasi muda.
Bagi Lazada pula, kerjasama itu memperkukuh usahamenggalakkan rakyat Malaysia menyokong produktempatan menerusi inisiatif JOM MALAYSIA yang dilaksanakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan Lazada Malaysia, Khairil Ahmad berkata, HABIB merupakan contohterbaik bagaimana jenama tempatan yang sudah kukuhmampu terus berinovasi tanpa mengetepikan identiti dan keistimewaannya.
Menurutnya, jenama Malaysia mempunyai kualiti, kreativiti dan kepakaran untuk bersaing berdasarkankelebihan produk masing-masing.
“Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapatmengenali jenama tempatan dan memilih produk merekadengan yakin, bukan semata-mata kerana ia keluarantempatan, tetapi berdasarkan nilai sebenar yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, menerusi LazMall, pendedahan kempenserta pelbagai kemudahan sokongan kepada penjual, Lazada terus membantu perniagaan tempatan meluaskancapaian pasaran, memperkukuh kehadiran dalam taliandan membina hubungan jangka panjang denganpelanggan.
Pelbagai tawaran menarik 11.11
Dalam perkembangan sama, kempen Jualan TerbesarLazada 11.11 yang berlangsung sehingga 13 November menawarkan pelbagai promosi merentasi kategori produkdan jenama.
Antara tawaran disediakan termasuk RM11 All Out Surprise Deals, baucar kempen sehingga RM1,000, jualan kilat dengan diskaun sehingga 90 peratus bagiproduk terpilih serta tawaran Stack & Save denganpenjimatan sehingga 50 peratus.
Pengguna yang berminat mendapatkan jongkong emaseksklusif Lazada x HABIB seberat 1g itu juga bolehmembuat pembelian sepanjang kempen 11.11, tertaklukkepada stok sedia ada.
Produk berkenaan mula diperkenalkan menerusi kempenPayday Sale Lazada pada 24 Oktober lalu.
Dengan pengeluaran terhad sebanyak 500 unit, koleksiitu menawarkan pilihan kepada pengguna yang inginmemiliki atau menghadiahkan sesuatu yang mempunyainilai material serta sentimental.
Koleksi eksklusif berkenaan boleh didapati menerusiplatform Lazada.