BANGKOK – Thailand sedang mempersiapkan tindak balas keselamatan siber pada tahap tertinggi susulan peningkatan ancaman serangan digital yang berpotensi menjejaskan infrastruktur komunikasi dan keselamatan negara.
Kerajaan negara itu mengarahkan pengendali syarikat telekomunikasi memperkukuh sistem pertahanan digital masing-masing bagi mengelakkan serangan yang boleh mengganggu operasi rangkaian serta perkhidmatan penting.