Tiga maut disambar petir: Mangsa berteduh bawah pokok selepas baiki kenderaan - Polis

Iklan
Tiga lelaki tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi.

SEPANG – Tiga lelaki tempatan maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mangsa selesai membaiki sebuah kenderaan sebelum berteduh di bawah pokok.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga mangsa masing-masing berusia 26, 18 dan 16 tahun. Mayat dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang untuk tindakan lanjut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut disambar petir

Iklan

Norhizam berkata, maklumat lanjut berkaitan insiden itu akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi beberapa rakaman video yang memaparkan tiga jasad ditutupi kain batik dan terbaring di bawah sebatang pokok.

Iklan