Kepala pempengaruh 16 tahun ditemukan dalam beg plastik hitam

Iklan
Kes itu mula mendapat perhatian selepas video menunjukkan remaja berkenaan diugut oleh individu bersenjata api tersebar di media sosial. Foto Agensi

PAS AJE – Penemuan kepala seorang gadis berusia 16 tahun di dalam beg plastik hitam menggemparkan Ecuador, sekali gus mencetuskan siasatan polis.

Bahagian tubuh mangsa yang juga pempengaruh, Leslibeth Anahi Garcia Farias itu dijumpai di luar bangunan Coliseum Cesar Fadul di bandar Pasaje, wilayah El Oro pada akhir minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurut media tempatan, polis turut menemukan risalah yang mengandungi ancaman terhadap individu yang didakwa membocorkan maklumat kepada geng jenayah pesaing.

Pihak berkuasa sedang meneliti kandungan risalah itu bagi menentukan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pembunuhan kejam tersebut dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Iklan

Mangsa merupakan pelajar di Unidad Educativa Tecnico Pasaje dan tidak mempunyai rekod jenayah.

Kes itu mula mendapat perhatian selepas video menunjukkan remaja berkenaan diugut oleh individu bersenjata api tersebar di media sosial.

Iklan

Bagaimanapun, pihak berkuasa belum mengesahkan ketulenan video itu atau sama ada rakaman itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.

Difahamkan, siasatan lanjut telah dilancarkan bersama pasukan forensik dengan mengumpulkan sampel biologi dan bahan bukti lain bagi menentukan lokasi sebenar pembunuhan, motif kejadian serta pihak yang bertanggungjawab terhadap kematian remaja itu.

Pihak berkuasa juga masih belum menjumpai bahagian lain anggota tubuh mangsa dan belum mengumumkan sebarang tangkapan. - Agensi