Selepas tewas Pilihan Raya Presiden Brazil, Flavio Bolsonaro lari ke AS?

Iklan
Anak kepada bekas Presiden, Jair Bolsonaro ini tidak dapat menerima kekalahannya kepada pemimpin veteran, Luiz Inacio Lula da Silva. Foto Agensi

WASHINGTON - Calon Presiden yang tewas pilihan raya Brazil, Flavio Bolsonaro dibenarkan memasuki Amerika Syarikat (AS) meskipun mahkamah di Brasilia mengeluarkan perintah larangan ke luar negara terhadapnya.

Jabatan Negara pada Selasa mengesahkan ia akan mengeluarkan visa kepada Bolsonaro dan keluarganya selepas beliau enggan mengakui kekalahannya kepada Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Argentina mendakwa calon berhaluan kanan itu dalam perjalanan ke Ecuador selepas meninggalkan Brazil.

Menurut Direktorat Kebangsaan Migrasi menerusi platform X, Bolsonaro, 45, memasuki Buenos Aires pada malam Selasa sebelum menaiki penerbangan ke Quito.

Iklan

Beliau memasuki Argentina dengan dokumen perjalanan yang sah dan tanpa sebarang halangan undang-undang meskipun terdapat perintah mahkamah yang melarangnya meninggalkan Brazil.

Bolsonaro bersama isteri dan dua anak perempuannya menaiki penerbangan peribadi yang dikendalikan syarikat Baires Fly menuju ke bandar Guayaquil, Ecuador.

Iklan

Beberapa rangkaian media di AS pula mendakwa beliau telah tiba di Washington, namun keberadaannya tidak diketahui.

Pada Isnin, seorang hakim Mahkamah Agung telah mengarahkan Bolsonaro menyerahkan pasportnya selepas beliau kini berdepan siasatan berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.