Lelaki OKU ditemukan lemas dalam parit depan sekolah

Iklan
Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan lemas di parit hadapan sebuah sekolah di Pekan Simpang 5 di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.29 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa berusia 37 tahun yang juga pemegang kad OKU intelektual ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diselamatkan orang awam di parit berkenaan.

"Bagaimanapun, tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Md Yusof menjelaskan, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat lemas.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," tambah beliau.

Iklan