Mayat doktor ditemukan tertimbus bawah konkrit

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM pada jam 9.10 pagi sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba kira-kira jam 11.20 pagi. Foto kecil:

GEORGE TOWN – Mayat seorang doktor lelaki berusia 73 tahun ditemukan tertimbus di bawah runtuhan konkrit dalam kejadian tanah runtuh yang menjejaskan sebuah rumah berkembar dua tingkat di Lebuh Rambai 13, Taman Seri Rambai, Paya Terubong di sini pada Ahad.

Mangsa, Wong Kar Lin disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada jam 9.10 pagi sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba kira-kira jam 11.20 pagi.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.36 pagi sebelum tiba di lokasi dua minit kemudian.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga penghuni berada di bahagian dapur rumah berkenaan termasuk isteri mangsa, Chang Mei Nuo dan ibu mentuanya, Wong poh Lim, 80-an, yang mana kedua-duanya berada di tingkat atas.

Iklan

BERITA BERKAITAN: Lelaki maut tertimbus tanah runtuh di belakang rumah

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: 'Bunyi itu sangat kuat kerana dekat dengan rumah' - Saksi

Iklan

Lelaki maut tertimbus tanah runtuh: Punca dikaitkan projek perumahan disiasat

Doktor tertimbus tanah runtuh ketika siapkan sarapan untuk keluarga

Beliau berkata, punca kejadian tanah runtuh masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berkaitan hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu.

Tambahnya, pasukan bomba sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan akhir (overhaul) bagi memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan selamat.

"Keadaan mayat mangsa ketika ditemui sempurna namun parah," katanya.