Lelaki lari tinggalkan motosikal selepas cubaan mencuri gagal
Iklan
Hantaran berhubung kejadian yang tular di Facebook.
KUANTAN – Cubaan seorang lelaki untuk melarikan barangan dari sebuah rumah di Bukit Setongkol di sini tidak kesampaian apabila tindakannya disedari pemilik kediaman terbabit, memaksa suspek melarikan diri dalam keadaan kelam-kabut sehingga meninggalkan motosikal yang digunakan di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, dalam kejadian awal pagi Khamis itu, suspek dipercayai gagal membawa lari sebarang barangan dan melarikan diri dengan tangan kosong.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar sebelum cuba melarikan beberapa barangan termasuk tangga aluminium dan wayar kabel.
“Bagaimanapun, kejadian itu disedari pemilik rumah menyebabkan suspek segera melarikan diri tanpa sempat membawa barangan yang cuba dicuri.
Iklan
“Suspek juga meninggalkan motosikal yang digunakan di hadapan rumah terbabit,” katanya.
Terdahulu, kejadian yang didakwa berlaku di Taman LKNP, Bukit Setongkol di sini, tular di media sosial.
Iklan
Berdasarkan hantaran yang dikongsikan, kejadian itu dikatakan berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 12.45 pagi dan melibatkan lima buah rumah yang diceroboh.
Sementara itu, Ashari berkata, kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan serta menahan suspek sedang giat dijalankan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah"><meta itemprop="description" content="Pemandu BYD didakwa pandu berbahaya sebabkan kematian adik Asiah
Pemandu kereta BYD Seal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sabtu minggu lalu.
Pegawai bank, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang memakai baju-T berwarna hijau, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Aliaa Anwar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800530/berita/semasa/pemandu-byd-didakwa-pandu-berbahaya-sebabkan-kematian-adik-asiah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Asiah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-15T04:26:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P105S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbnjpoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbnjpoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbnjpoq"></script>