Aktivis dakwa dipukul ketika siaran langsung

Iklan
Seorang aktivis mendakwa dipukul ketika bersiaran secara langsung menerusi Facebook di sebuah kawasan di Pudu.

KUALA LUMPUR - Polis menjalankan siasatan berhubung kes pergaduhan serta dakwaan seorang aktivis dipukul ketika sedang bersiaran langsung menerusi Facebook di Jalan Pasar Baharu, Pudu di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 39 saat yang tular di media sosial memaparkan kejadian seorang lelaki dipukul ketika sedang membuat siaran langsung.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada jam 2.52 pagi, Ahad daripada seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun.

"Semasa kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, seorang aktivis didakwa membuat rakaman tanpa kebenaran pengadu selain didakwa mengeluarkan kata-kata kesat.

Iklan

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan seorang aktivis mendakwa dipukul ketika sedang bersiaran langsung menerusi Facebook di sebuah kawasan di Pudu.

Dalam pada itu, Ahmad Azwan berkata, kejadian turut mencetuskan pergaduhan kecil sebelum beberapa orang awam tampil meleraikan keadaan.

Iklan

Ujarnya, polis turut menerima satu lagi laporan daripada aktivis terbabit pada hari sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan tidak mengambil tindakan sendiri serta sentiasa mematuhi undang-undang.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585.

"Selain itu sebarang maklumat berhubung kejadian dapat disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.