Kematian Asiah: Pemandu BYD dibawa ke mahkamah

Iklan
Lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta BYD yang tular dalam kemalangan sebuah Perodua Bezza sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lima tahun, di Jalan Kuching Sabtu lalu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis bagi menghadapi tiga pertuduhan kes jenayah.

Lelaki berusia 24 tahun yang memakai baju T berwarna hijau, tiba jam 8.55 pagi dalam keadaan bergari.

Iklan
Iklan

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan pihak polis melengkapkan siasatan kemalangan membabitkan enam kenderaan yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Dalam kejadian jam 3.44 petang itu, kenderaan BYD Seal berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang Perodua Bezza yang bergerak dalam aliran trafik perlahan dari arah pusat bandar menghala ke Segambut.

Iklan

Pelanggaran itu turut melibatkan sebuah motosikal sebelum Perodua Bezza terbabit berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain, iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi.

Akibat kemalangan itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Asiah Ahmad Syahir, yang menaiki Perodua Bezza bersama bapanya mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan