Pengunjung pusat beli-belah terperangkap dalam lif

Iklan
Seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman terperangkap dalam lif pusat beli-belah berkenaan menerusi satu hantaran.

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu menempuh detik mencemaskan apabila terperangkap dalam lif di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini pada Sabtu.

Kejadian berlaku di lif aras bawah tanah dua, pusat beli-belah berkenaan sebelum pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Iklan
Iklan

JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.06 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah tiba di lokasi sembilan minit kemudian dengan kekuatan lapan anggota.

Iklan

"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat tujuh mangsa terdiri daripada tiga lelaki dan empat perempuan terperangkap di dalam lif di aras bawah tanah dua, Zon G sebelum tindakan penyelamatan dilakukan bersama pihak penyelenggaraan lif," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman terperangkap dalam lif pusat beli-belah berkenaan menerusi satu hantaran.

Iklan

Menerusi hantaran itu, pengguna berkenaan mendakwa mereka terperangkap selama kira-kira sejam dan meminta pihak pengurusan memastikan petugas kecemasan serta keselamatan mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan Inggeris bagi memudahkan urusan ketika kecemasan.

Dalam pada itu JBPM Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya tidak menerima maklumat sepenuhnya berhubung kejadian berkenaan sehingga menyebabkan kelewatan untuk tiba di lokasi.

"Operasi menyelamat selesai pada jam 2.05 petang sebelum semua anggota kembali ke balai," katanya.