Isu p-hailing langgar undang-undang, JPJ Johor bakal bertemu pengendali
Iklan
Zulkarnain Yasin - Foto: Bernama
JOHOR BAHRU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor sedang merangka pertemuan bersama dengan syarikat pengendali perkhidmatan p-hailing untuk membincangkan isu pelanggaran undang-undang jalan raya, serta tindakan terhadap penunggang yang melakukan kesalahan berulang.
Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, pihaknya menerima banyak aduan berkaitan kesalahan jalan raya, khususnya kes melanggar lampu isyarat membabitkan penunggang p-hailing, menerusi rakaman kamera papan pemuka.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, syarikat pengendali perkhidmatan, perlu memainkan peranan dalam mewujudkan mekanisme yang sewajarnya, bagi meningkatkan kesedaran serta memberi peringatan kepada penunggang agar tidak mengulangi kesalahan selain mengelakkan insiden kemalangan.
"Menerusi pertemuan itu, saya mahu lihat sama ada terdapat dasar yang boleh ditetapkan oleh syarikat pengendali dari segi menghalang, menyekat atau menggantung operasi penunggang.
Iklan
"Sebagai contoh, penunggang yang dikesan mempunyai sehingga 13 saman melanggar lampu isyarat, tidak akan (mereka) boleh beroperasi lagi?,” katanya dalam temu bual bersama dengan Bernama, di sini hari ini.
Zulkarnain berkata, selain pengeluaran saman, JPJ turut mengenakan tindakan menerusi sistem mata demerit, kepada pengguna jalan raya yang dikesan melakukan kesalahan berulang seperti melanggar lampu isyarat.
Iklan
Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa langkah proaktif juga perlu diambil oleh pihak syarikat pengendali dan tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sahaja.
"Mereka yang langgar lampu isyarat ini akan dikenakan mata demerit.
"Apabila sudah mencecah 20 mata, lesen kenderaan mereka sudah pasti akan digantung.
"Itu antara tindakan yang kami ambil, cuma kami ingin mengetahui sama ada pihak operator p-hailing mempunyai kaedah tersendiri yang boleh diguna pakai untuk membantu kita,” katanya.
Zulkarnain memaklumkan bahawa berdasarkan rekod dan kajian kemalangan jalan raya, antara 60 hingga 70 peratus kes kemalangan serta kematian membabitkan penunggang motosikal.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa memperkasakan penguatkuasaan, terutamanya di kawasan kerap berlaku kemalangan, sebagai sebahagian daripada sasaran Penunjuk Prestasi Utama (KPI) jabatan, dalam usaha menurunkan kadar kemalangan jalan raya.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihak jabatan kini sedang mendapatkan statistik terkini berhubung kemalangan yang melibatkan penunggang p-hailing daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) seiring dengan pertemuan tersebut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>