Tinggal sebumbung macam suami isteri, dua pasangan kekasih dicekup
Iklan
Penguat kuasa JAINJ melakukan serbuan dan menahan dua pasangan yang disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai di Kulai.- Foto JAINJ
KULAI – Dua pasangan kekasih yang dipercayai tinggal bersama seperti suami isteri sejak beberapa bulan lalu ditangkap berkhalwat dalam serbuan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah rumah kedai di daerah ini pada Isnin.
Serbuan pada jam 10.50 pagi itu dilakukan selepas JAINJ menerima aduan awam berhubung kegiatan mencurigakan membabitkan dua pasangan berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurut JAINJ, sebaik tiba di lokasi, anggota penguat kuasa terus menuju ke tingkat atas rumah kedai berkenaan selepas mendapati pintu gril di bahagian bawah tidak berkunci.
Penguat kuasa kemudian mengetuk pintu bilik pertama dan memanggil penghuninya dengan kuat sebelum dibuka kira-kira tiga minit kemudian oleh seorang lelaki berusia 22 tahun yang memakai seluar pendek dan kemeja-T.
Iklan
“Kedua-duanya kelihatan hairan dan pucat apabila mendapati penguat kuasa berjaya masuk ke bilik mereka,” menurut kenyataan itu.
Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri dan mengaku sudah tinggal bersama dalam bilik itu sejak beberapa bulan lalu.
Iklan
"Lelaki dan wanita berkenaan masing-masing berusia 22 tahun serta masih belum berkahwin.
"Pemeriksaan kemudian diteruskan ke bilik kedua yang dibuka kira-kira seminit selepas penguat kuasa mengetuk pintu," ujarnya.
Menurut JAINJ, seorang lelaki berusia 20 tahun yang memakai seluar panjang dan kemeja-T membuka pintu sebelum penguat kuasa melihat seorang wanita berusia 18 tahun turut berada di dalam bilik itu.
“Penguat kuasa mengesyaki lelaki berkenaan sudah menyedari kehadiran mereka selepas mendengar pemeriksaan dilakukan di bilik pertama.
“Pasangan itu kemudian mengaku hanya berdua-duaan dan bukan suami isteri. Pemeriksaan turut menemukan pakaian lelaki dan wanita bercampur di dalam bilik berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, pasangan itu turut mengaku sudah tinggal bersama lebih sebulan dan kedua-duanya juga masih belum berkahwin.
"Siasatan mendapati keempat-empat individu berkenaan saling mengenali dan bekerja di tempat sama di sebuah syarikat besar di daerah ini.
Mereka dipercayai datang dari daerah lain untuk bekerja di Kulai sebelum menyewa bilik berkenaan," jelasnya.
Menurut JAINJ, ketika serbuan dilakukan, semua mereka sedang tidur selepas pulang bekerja syif malam sekitar jam 7 pagi.
Difahamkan, bilik berkenaan pada asalnya disewa oleh lelaki terbabit sebelum mereka membawa pasangan masing-masing tinggal bersama.
Kedua-dua wanita berkenaan turut mendakwa tidak mempunyai tempat tinggal lain selain bilik itu dan memberikan alasan mahu menjimatkan belanja sewa serta memudahkan perjalanan ke tempat kerja kerana menumpang motosikal pasangan masing-masing.
Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat dan disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.