Atlantik atau Pasifik bakal jadi 'Lautan Trump'?

Iklan
Menurut New York Post, kenyataan itu menyusul beberapa langkah pentadbiran Trump menamakan semula lokasi geografi. Foto: Agensi

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencetuskan perhatian apabila membayangkan kemungkinan menamakan semula Lautan Atlantik atau Lautan Pasifik sebagai 'Lautan Trump' .

Cadangan itu dilontarkan ketika beliau berucap dalam satu perhimpunan politik di Clarksville, Tennessee pada Sabtu, sebagai sebahagian daripada usahanya meninggalkan legasi melalui penamaan semula lokasi geografi.

Iklan
Iklan

"Kita sudah ada sebuah teluk dan tasik yang indah. Sekarang ada pula yang mengatakan kita perlukan sungai.

"Jadi, saya terfikir sama ada Lautan Atlantik atau Pasifik. Kita boleh namakannya Lautan Trump atau Lautan Amerika, sesuatu seperti itu," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, Trump menegaskan beliau tidak berhasrat menukar nama Sungai Hudson atau Sungai Mississippi kerana menghormati sejarah kedua-duanya.

Menurut New York Post, kenyataan itu menyusul beberapa langkah pentadbirannya menamakan semula lokasi geografi, termasuk Teluk Mexico sebagai Teluk Amerika.

Iklan

Trump sebelum ini turut mencadangkan nama baharu bagi Tasik Ontario, negeri New Mexico dan Selat Hormuz, namun tidak semua cadangan tersebut dilaksanakan.

Beliau juga pernah berusaha menamakan beberapa bangunan dan institusi kerajaan sempena namanya, termasuk Institut Keamanan AS dan Pusat Kennedy.

Bagaimanapun, cadangan menamakan semula kedua-dua lautan itu masih sekadar kenyataan yang dilontarkan ketika berucap dan belum diumumkan sebagai keputusan rasmi.

Sebarang perubahan nama lautan berkenaan juga tidak semestinya mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kedua-duanya merentasi kawasan yang melibatkan banyak negara. - Agensi