i-Dato hubungkan lebih 1,000 ahli, ruang kerjasama rentas industri

Iklan
Sabaruddin (duduk, dua dari kanan) pada pertemuan jaringan ahli i-Dato di ibu negara.

KUALA LUMPUR - Jaringan perniagaan yang kukuh bermula dengan peluang untuk saling mengenali, sekali gus mendorong platform i-Dato menghimpunkan lebih 1,000 ahli daripada pelbagai latar belakang bagi meneroka potensi kerjasama komersial.

Pengasasnya, Datuk Seri Sabaruddin Ahmad berkata, platform yang beroperasi lebih 10 tahun itu berperanan sebagai penghubung bagi memudahkan ahli berkenalan, bertukar maklumat dan membina hubungan perniagaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli i-Dato terdiri daripada individu yang terbabit dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, makanan dan minuman (F&B) serta tenaga kerja, sekali gus membuka ruang kepada kerjasama merentas industri.

“i-Dato adalah platform yang bertindak sebagai jambatan supaya ahli perniagaan boleh mengenali antara satu sama lain dan berkomunikasi dengan baik.

Iklan

“Kita mahu mereka bertukar-tukar kad, berkenalan dan membina jaringan perniagaan yang kuat,” katanya ketika pertemuan jaringan ahli i-Dato di sini pada Sabtu.

Beliau menambah, pertemuan secara santai itu turut memberi peluang kepada ahli baharu dan lama untuk bertukar pandangan serta mengenali potensi rakan niaga dalam rangkaian berkenaan.

Iklan

Menurutnya, hubungan sedemikian semakin penting dalam persekitaran perniagaan semasa, khususnya apabila urusan dengan individu yang belum dikenali boleh menimbulkan risiko sekiranya tidak dilakukan dengan berhati-hati.

“Zaman sekarang semakin canggih dan banyak penipuan berlaku. Apabila kita tidak mengenali individu yang berurusan dengan kita, keadaan itu boleh menjadi masalah kepada perniagaan,” katanya.

Tambah beliau, dalam usaha memperkukuh hubungan sesama ahli, i-Dato turut merancang untuk menganjurkan pertemuan jaringan berskala lebih besar menjelang penghujung tahun ini.

“Pendekatan ini diharap dapat memperluas peluang ahli mengenali lebih ramai pemain industri dan membina hubungan perniagaan yang berterusan,” katanya.