Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok

Iklan
JPNS akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan.

SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan, keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.

Iklan
Iklan

'Bagaimanapun, pihak sekolah hendaklah sentiasa memantau keadaan kualiti udara, mematuhi garis panduan yang berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah terpelihara.

Menurut JPNS, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Iklan

Menurut kenyataan itu lagi, ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran rasmi JPNS untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pada Jumaat lalu, semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan ditutup susulan keadaan jerebu yang melanda negeri berkenaan.

Iklan

Penutupan itu dibuat selaras dengan kenyataan KPM berdasarkan bacaan IPU di tiga stesen pemantauan di negeri berkenaan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai pada jam 5 petang.

 

 

.