Tinggal di rumah ibu bapa selepas kematian suami

Iklan
WANITA yang kematian suami wajib melengkapkan idah selama empat bulan 10 hari.

Soalan

Saya baru kematian suami dan ibu mengajak untuk tinggal bersama kerana bimbang akan keselamatan saya jika terus tinggal sendirian selepas ketiadaan suami. Apakah situasi ini dibolehkan untuk wanita yang sedang dalam idah?

Iklan
Iklan

Jawapan

Dibolehkan untuk seorang wanita yang kematian suami dan masih dalam tempoh idah untuk tinggal bersama ibu bapanya di rumah ibu bapanya itu atas faktor keselamatan.

Iklan

Bagaimanapun jika mempunyai keperluan seperti membeli makanan atau urusan kerja harian, dibenarkan wanita tersebut untuk keluar dari rumah.

Namun keluar untuk keperluan atau urusan kerja tersebut tidak boleh dicampur dengan urusan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang wanita yang sedang menjalani tempoh idah seperti menziarahi orang sakit dan sebagainya.

Iklan