Soalan
Apabila ternampak perbuatan salah atau kemungkaran, bolehkah kita menegur seseorang itu di hadapan orang lain?
Iklan
Iklan
Jawapan
Berkait dengan perbuatan menegur seseorang di hadapan orang lain, ia bergantung kepada keadaan kerana ada keadaan yang membenarkannya dan ada keadaan lain yang sebaik-baiknya ditegur ketika hanya berdua dengannya.
Ada keadaan yang memerlukan teguran on the spot atau pada ketika itu juga.
Sebagai contoh, imam yang melakukan kesalahan dalam bacaan atau dia terlebih rakaat, hendaklah ditegur pada waktu itu.
Ini kerana ia merupakan adab seseorang dalam menegur orang lain yang boleh berkait dengan maruah dan aibnya.