Soalan
Saya bermusafir ke tempat jauh melebihi dua marhalah. Ketika perjalanan pulang, saya sengaja berhenti dan menunggu masuk waktu Maghrib untuk menunaikan solat jamak qasar terlebih dahulu. Apakah perbuatan saya salah?
Iklan
Iklan
Jawapan
Perbuatan berhenti sebelum tiba di kawasan kariah kediaman untuk menunaikan solat jamak qasar tersebut tidak menyalahi hukum.
Dalam Mazhab Syafie yang menjadi amalan lazim di Malaysia, seseorang yang bermusafir melebihi dua marhalah (81 kilometer dan ke atas) diberikan rukhsah untuk menghimpunkan solat (jamak) dan memendekkan solat empat rakaat menjadi dua rakaat (qasar).
Dalam situasi yang diceritakan, berhenti dalam perjalanan pulang dan sengaja menunggu masuk waktu Maghrib sebelum menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak qasar, perbuatan menunggu itu sendiri tidak membatalkan rukhsah musafir.
Malah mengambil rukhsah musafir dengan solat jamak qasar itu memudahkan urusan kita selain tidak perlu lagi menunaikan solat Isyak apabila masuknya waktu Isyak. Ia juga merupakan hadiah daripada ALLAH SWT kepada orang-orang yang melakukan musafir.