Soalan
Saya mempunyai sebuah rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga. Namun keluarga tersebut sudah tidak membayar sewa dalam tempoh enam bulan. Ketika diminta bayaran sewa rumah, pelbagai alasan yang diberikan. Apakah hukum dia tidak membayar sewa rumah itu?
Jawapan
Mengenai sewa rumah, kebiasaannya akan ada perjanjian di antara penyewa dan tuan rumah berkaitan dengan rumah tersebut dan waktu untuk membayar sewa, walaupun ia sekadar persetujuan mulut dan tidak bertulis.
Ini kerana penyewa tersebut sudah melanggar perjanjian dan boleh dikategorikan sebagai orang munafik.
Nabi Muhammad SAW bersada: “Ciri-ciri orang munafik itu tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta, apabila dia berjanji dia memungkirinya dan apabila dia diberikan amanah dia mengkhinatinya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam tempoh dia tidak membayar sewa rumah seperti yang dijanjikan, penyewa tersebut dikira berdosa kerana perbuatannya itu telah menyebabkan dia menahan harta orang lain yang berhak.
Hukum sama juga jika seseorang yang wajib membayar zakat, namun dia tidak membayarnya dalam tempoh tersebut.
Dia dikira berdosa kerana melengahkan pembayaran zakat dan perbuatannya itu menyebabkan harta yang sepatutnya diserahkan kepada asnaf menjadi tertahan.
Sekiranya tuan rumah bersetuju, maka penyewa tidak dikira berdosa selagi tempoh yang dipersetujui belum tiba.
Dan wajib baginya untuk menyelesaikan semua bayaran tertunggak apabila sampai tempoh yang dijanjikan.
Sekiranya masih berdegil dan tidak membayar sewa tersebut, maka tuan rumah berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penyewa tersebut.