Sultan Pahang titah rakyat berdoa mohon hujan, hentikan pembakaran terbuka di Kalimantan

Iklan
Kenyataan akhbar menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia supaya bersama-sama berdoa memohon ke hadrat ALLAH SWT agar diturunkan hujan bagi membantu meredakan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru seluruh rakyat Pahang dan Malaysia supaya bersama-sama berdoa memohon ke hadrat ALLAH SWT agar diturunkan hujan bagi membantu meredakan keadaan jerebu yang melanda ketika ini.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Mejar Jeneral (B) Datuk Mohamed Zahari Yahya menerusi kenyataan berkata, baginda turut menzahirkan harapan agar masyarakat serta pihak syarikat perladangan di Kalimantan, Indonesia diberikan kesedaran dan dibukakan hati untuk menghentikan aktiviti pembakaran secara terbuka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, aktiviti berkenaan boleh menyumbang kepada pencemaran udara, sekali gus menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat di rantau ini.

Menurut Mohamed Zahari, sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat agar terus berdoa kepada ALLAH SWT, di samping mengamalkan langkah-langkah sewajarnya bagi menghadapi keadaan jerebu yang berlaku.

Iklan

“Baginda turut berharap agar keadaan cuaca kembali pulih dan hujan yang membawa rahmat, dapat turun dalam masa terdekat, sekali gus membantu membersihkan udara serta mengurangkan kesan jerebu yang sedang dialami,” katanya.

 

Iklan