Zii Jia kembali menemui rentak

Iklan
Zii Jia akan menentang pemain Taiwan dalam aksi pusingan kedua Terbuka Artik pada Khamis. Foto: Agensi

PEMAIN profesional negara, Lee Zii Jia kembali mencatat kemenangan apabila menewaskan wakil China, Dong Tian Yao untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland sebentar tadi.

Zii Jia yang bermula dari pusingan kelayakan semalam, menundukkan pemain ranking ke-40 dunia tersebut 21-18, 21-14 dalam tempoh kurang sejam.

Iklan
Iklan

Kemenangan tersebut hadir selepas Zii Jia terkandas pada pusingan pertama dalam dua kejohanan sebelum ini, sekali gus memberikan suntikan keyakinan buat pemain berusia 28 tahun itu.

Dia bagaimanapun terpaksa bekerja keras pada set pembukaan apabila Tian Yao memberikan saingan sengit sebelum Zii Jia mula mengawal permainan dan meningkatkan tekanan.

Iklan

Selepas memperoleh kelebihan pada set pertama, Zii Jia tampil lebih kemas dan agresif pada set kedua untuk memastikan kemenangan straight set.

Bekas juara Seluruh England itu kini berpeluang meneruskan momentum berkenaan apabila dijadualkan bertemu pemain Taiwan, Su Li Yang pada pusingan kedua esok.

Iklan

Li Yang terlebih dahulu menempah tiket ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegaranya, Lin Chun Yi 21-17, 21-6.