Pearly-Thinaah lengkapkan kejayaan berganda Malaysia

Iklan
Pearly-Thinaah menepati ramalan muncul juara Terbuka Hong Kong.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melengkapkan kejayaan berganda Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong selepas muncul juara acara beregu wanita pada Ahad.

Kejayaan itu menyusul selepas beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun terlebih dahulu menamatkan kemarau 27 tahun Malaysia untuk kembali menjulang gelaran beregu lelaki pada kejohanan berkenaan.

Iklan
Iklan

Pearly-Thinaah yang turun selaku pilihan kedua kejohanan mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan beregu Jepun, Sumire Nakade-Miyu Takahashi yang menghuni ranking ke-11 dunia pada aksi final.

Pasangan negara itu tidak berdepan masalah besar untuk menoktahkan kemenangan straight set 22-20, 21-16 dalam tempoh 40 minit sekali gus mengesahkan kejuaraan.

Iklan
Iklan

Kejayaan di Hong Kong turut menyaksikan Pearly-Thinaah mencatat penampilan kelima di pentas final musim ini selain ia gelaran ketiga musim ini buat pasangan di ranking keempat dunia itu selepas turut menjuarai Indonesia Masters dan Terbuka Denmark.