KUANTAN - Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt.