Pelajar lelaki didakwa rogol rakan sekolah di rumah terbiar

Iklan
Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Parit pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan di sebuah rumah terbiar, bulan lalu.

PARIT - Seorang pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit pada Rabu atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan di sebuah rumah terbiar, di sini bulan lalu.

Tertuduh berusia 16 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah terbiar berhampiran sekolah dekat Bota dalam daerah Perak Tengah kira-kira jam 4 petang, awal September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R Jayasri, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurafiqah Abd Aziz.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM500 dengan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa.

Iklan

Tarikh 10 November depan ditetapkan untuk sebutan kes bagi serahan dokumen serta urusan pelantikan peguam.