Sara didakwa pakai baju kelawar, rambut panjang

Iklan
Sara (kanan) ditemani rakan ketika hadir di Mahkamah Syariah di Kota Bharu. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang mesra disapa Sara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Ahad atas pertuduhan berlagak seperti wanita dengan memakai baju kaftan dan berambut panjang.

Sara atau nama sebenarnya Mohd Hafizam Hamid, 40, didakwa di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Firdaus Wan Ibrahim.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan pindaan, tertuduh didakwa berlagak seperti perempuan dengan memakai baju kaftan panjang hingga paras kaki dan berambut panjang paras bahu.

Sara (kiri) hadir bagi mendengar pertuduhan terhadapnya di hadapan hakim syarie. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

Iklan

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir, Ketereh pada jam 12.15 pagi, 14 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019.

Iklan

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sara (kiri) yang duduk di luar mahkamah sementara menunggu namanya dipanggil. Foto SINAR HARIAN / ADILA SHARINNI WAHID

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Kelantan, Syafika Mat Husin manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Muhammad Syarafi Mohd Salleh.

Mahkamah menetapkan 24 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM1,500 dengan dua penjamin.