Kru kapal dagang meninggal dunia ketika dalam pelayaran

Iklan
Seorang kru kapal dagang meninggal dunia ketika kapal dinaikinya dalam pelayaran di perairan Selangor pada Ahad.

PELABUHAN KLANG - Seorang kru kapal dagang meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika kapal dinaikinya dalam pelayaran di perairan Selangor pada Ahad.

Mangsa, Wang Yong, 53, yang merupakan warga China dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) bagi membawanya ke darat untuk mendapatkan rawatan.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimi Muhammad Salleh berkata, pihaknya menerima maklumat kecemasan daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 10.39 malam Sabtu.

Beliau berkata, mangsa yang merupakan kru kapal MV XIN XU ZHOU dilaporkan mengalami serangan jantung sebelum tidak sedarkan diri.

Iklan

"Mangsa berjaya dipindahkan ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah pada jam 1.50 pagi sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Seorang kru kapal dagang meninggal dunia ketika kapal dinaikinya dalam pelayaran di perairan Selangor pada Ahad.

Iklan

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi berkenaan mencerminkan komitmen dan kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam memberikan bantuan kecemasan serta melaksanakan misi menyelamat nyawa di laut.

"Pihaknya akan terus meningkatkan keupayaan operasi dan penyelarasan bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan komuniti maritim sentiasa diberi keutamaan," katanya.